Manfaat Jus Lemon Untuk Kesehatan

Manfaat Jus Lemon Untuk Kesehatan
Manfaat Jus Lemon - Ramai pakar-pakar diet & pemakanan mencadangkan agar minum segelas jus lemon setiap hari. Kenapa? Ada manfaat ke?

Selepas saya amalkan minum jus lemon setiap hari, baru saya rasa beberapa perubahan. Sebelum tidur, saya akan perah lemon (dua hiris je) + gula (sesudu kecil) dalam tupperware air yang diisikan air kosong (air ni suka hati nak banyak mana). Simpan dalam peti sejuk semalaman. Memang best!

Kebaikan Jus Lemon
1) Menyokong sistem imun badan

Lemon kaya dengan vitamin C sekaligus meningkatkan keupayaan badan untuk serap zat besi.

2) Menyahtoksin tubuh badan

Lemon adalah diuretik, maknanya ia galakkan pengeluaran air kencing. Oleh itu, toksin dalam badan dapat dilepaskan dengan cepat & ubah tahap pH saluran kencing agar tidak mengalakkan pembiakan bakteria jahat.

3) Mengurangkan berat badan

Lemon mengandungi serat pektin, serat larut biasa dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu hindari kelaparan, wujudkan rasa kenyang.

4) Membaiki sistem penghadaman

Jus lemon dapat mengelakkan daripada kena sembelit atau cirit-birit.

5) Mengurangkan keradangan

Jus lemon mampu membuang asid urik dalam sendi badan, yang merupakan salah satu punca utama keradangan.

6) Membersihkan sistem dalam badan

Jus lemon adalah antiseptik, jadinya ia meningkatkan fungsi enzim, merangsang & bersihkan hati, buah pinggang serta darah.

7) Membaiki sel-sel kulit

Ciri-ciri antioksidan dalam jus lemon membantu perangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab bagi gejala penuaan, sekaligus menwujudkan sintesis kolagen & kekalkan seri kulit.

No comments:

Post a Comment